
Kota Kinabalu: Kota Kinabalu dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada Kejohanan Tenis Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS) 2023 yang berlangsung di gelanggang tenis Persatuan Tenis Daerah Sandakan pada 22-24 Ogos.
Mereka memenangi empat pingat emas menerusi Shan Danial Bin Sham Solo Bahary (lelaki bawah 18 tahun), Sabrena Eniola Obafemi (perempuan bawah 18 tahun), Rus Zareef Hazmy Bin Hilmy (lelaki bawah 15 tahun) dan Eliora Hii Xiang Xin (perempuan bawah 15 tahun).
Mereka turut meraih tiga perak menerusi Danish Afiq Bin Hamzah (lelaki bawah 18 tahun), Hannah Hii Xiang Xin (perempuan bawah 15 tahun) dan Selena Aeyla Obafemi (perempuan bawah 12 tahun) serta lima gangsa yang disampaikan oleh Cloe Wong Ai Fong (perempuan bawah 18 tahun), Kimi Joshua Rayner (lelaki bawah 15 tahun), Nur Farhana Natasha Binti Mohd Firdaus (perempuan bawah 15 tahun), Theida Li Yi (perempuan bawah 12 tahun) dan Lauren Lee Zhang Yi (perempuan bawah 12 tahun).
Sandakan menduduki tempat kedua dengan dua pingat emas daripada Bradley Oscar Johannes (lelaki bawah 12 tahun), Scharllotte Avryll Silvester (perempuan bawah 12 tahun) dan tiga gangsa daripada Stevie Alfie Silvester (lelaki bawah 18 tahun), Shawn Alfie (lelaki bawah 15 tahun), Muhammad Ryan Rayzan Bin Ronney (lelaki bawah 12 tahun).
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Kesemua pemenang dijangka akan mewakili Sabah pada Kejohanan Tenis Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang akan berlangsung di Johor pada 19-23 September ini.
Seramai 162 pelajar dari 11 daerah mengambil bahagian dalam kejohanan itu yang dianjurkan oleh SMK Elopura 2 dan Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan.
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Daerah Sandakan, Ahmad Yussof mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan, Munah Binti Haji Nasri.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


