Kota Kinabalu Lancar Kempen ‘Tiada Beg Plastik’ Bermula 1 Ogos

22 Jul 2024 • 12:30 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tiada lagi beg plastik untuk pembeli KK bulan depan

Kota Kinabalu Lancar Kempen ‘Tiada Beg Plastik’ Bermula 1 Ogos. Bermula 1 Ogos, semua premis perniagaan di Kota Kinabalu tidak lagi akan membekalkan beg plastik kepada pembeli.

Datuk Seri Sabin Samitah, Datuk Bandar, menyatakan bahawa kempen ‘Tiada Beg Plastik’ adalah inisiatif Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk memelihara alam sekitar dan menjadikannya lebih kondusif dan makmur.

image is not available
Kota Kinabalu Lancar Kempen ‘Tiada Beg Plastik’ Bermula 1 Ogos

Beliau menjelaskan bahawa berjuta-juta tan plastik dibuang ke lautan dan tapak pelupusan setiap tahun, menyebabkan kerosakan yang tidak dapat diperbaiki kepada ekosistem dan hidupan liar dunia.

Menurut sumber, kempen ini adalah langkah awal untuk mengajak masyarakat menangani isu plastik dan perubahan iklim, selaras dengan salah satu daripada 17 matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pada peringkat awal, kempen ini kurang mendapat sambutan daripada masyarakat dan peniaga. Namun, setelah melalui beberapa fasa dan usaha pendidikan, ia kini mendapat sambutan positif daripada semua pihak.

Bersama menjaga Aaam, Kota Kinabalu anjur kempen menentang penggunaan plastik

Sabin menekankan bahawa usaha menjaga alam sekitar bukan hanya tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan, tetapi semua pihak. Beliau berharap menjelang Ogos, semua pihak termasuk peniaga, masyarakat, dan pelancong tempatan dan asing akan bersedia untuk menjayakan kempen ini.

Beliau juga mengalu-alukan penyertaan masyarakat dalam program kerajaan sebagai usaha memelihara komuniti dan menyampaikan maklumat yang telus, sahih dan berguna.

Inisiatif Jabatan Penerangan (JaPen) dalam mengumpulkan Komuniti Madani dalam satu program adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk memupuk semangat perpaduan, kerjasama kaum dan budaya dalam masyarakat serta menangani isu berita palsu.

Baca juga artikel yang berkaitan: