Kotak suis terbakar, stesen LRT KLCC tutup sementara

LocalTechnology
2 Jan 2025 • 5:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kotak suis di stesen LRT KLCC terbakar dalam kejadian pada Khamis. Foto JBPM KL

image is not available
Kesan kerosakan akibat kotak suis di stesen LRT KLCC terbakar, pada Khamis.

image is not available
Orang ramai tidak dibenarkan masuk ke laluan Stesen LRT KLCC selepas berlaku kebakaran pada kotak suis, Khamis.

KUALA LUMPUR - Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) KLCC ditutup sementara selepas insiden kebakaran kotak suis pada Khamis.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak telah dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 4.15 petang.

Komander Operasi, Mohamed Azimin Mohamed Zahidi berkata, sampai di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan panel kotak suis pam.

**media[2951391]**

"Api telah dipadamkan oleh Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) KLCC sebelum pasukan bomba tiba.

"Tiada mangsa terlibat dan keadaan terkawal. Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan memaklumkan, Stesen KLCC ditutup buat sementara waktu ekoran daripada laporan awal terdapat kepulan asap dikesan di bahagian bilik peralatan elektronik yang terletak di dalam stesen.

**media[2951393]**

Tambah kenyataan itu, penumpang disarankan untuk ke stesen Persiaran KLCC dan stesen Ampang Park untuk meneruskan perjalanan mereka.

"Perkhidmatan bas perantara percuma turut disediakan di antara stesen Ampang Park, stesen KLCC dan stesen Dang Wangi.

"Pengguna disarankan untuk bertenang dan patuhi segala arahan petugas operasi stesen," ujarnya.