KoToR dan KoToR II Ditawarkan Percuma Di Epic Games Store

TechnologyGamingDigital
21 Feb 2025 • 12:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Adakah anda bersedia untuk kembali ke Old Republic? Sekiranya ya anda kini boleh melakukannya secara percuma kerana Star Wars: Knights of the Old Republic and Star Wars: Knights of the Old Republic II versi Android serta iOS kini ditawarkan percuma menerusi Epic Games Store.

image is not available

Kedua-dua permainan klasik Star Wars ini sebelum ini masing-masing dijual pada harga RM19.99 dan RM29.99. Anda boleh memasukkan KoTor dan KoTor 2 ke dalam pustaka permainan Android bermula hari ini sehingga 20 Mac 2025. Harus diingatkan Epic Games Store tidak boleh dimuat turun menerusi Play Store ataupun App Store.

Untuk pengguna Android sila pergi ke pautan di bawah untuk memuat turun APK terus daripada Epic Games. Bagi pengguna iOS pula, Epic Games Store hanya boleh dipasang pada peranti penduduk EU sahaja menerus stor pihak ketiga.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved