Kotra, Nova raih manfaat peningkatan perbelanjaan pengguna namun tidak buat Pharmaniaga

LocalBusiness & Finance
7 Mar 2024 • 11:00 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kotra, Nova raih manfaat peningkatan perbelanjaan pengguna namun tidak buat Pharmaniaga

herman

07/03/2024 - 11:00

KUALA LUMPUR 7 Mac - Kotra Berhad bakal mendapat manfaat daripada peningkatan permintaan permintaan produk farmaseutikal susulan pengguna Malaysia kini lebih mengambil berat terhadap kesihatan dan kesejahteraan pasca pandemik COVID-19.

Kenanga Rsearch berkata, penyelidik pasaran bebas, Statista dalam tinjauan pasaran penggunanya mengunjurkan pasaran farmaseutikal pembelian ubat di kaunter (OTC) di Malaysia berkembang sebanyak 6% kepada anggaran RM3.2 bilion menjelang 2027.

Katanya, ini apabila pengguna mengambil sikap yang lebih proaktif terhadap penjagaan kesihatan dan kesejahteraan mereka, termasuk mengambil suplemen kesihatan secara berkala.

"Trend ini memberi petanda baik untuk Kotra yang mengeluarkan dan menjual ubat OTC serta produk pemakanan dan farmaseutikal di bawah jenama isi rumah utama utama seperti Appeton, Axcel dan Vaxcel.

image is not available

"Kami juga menyukai Kotra kerana model perniagaan bersepadunya merangkumi keseluruhan spektrum rantaian nilai farmaseutikal daripada R&D, konsep produk hingga pembuatan dan jualan serta margin model perniagaan pembuatan jenama asalnya berbanding pembuatan kontrak margin rendah," katanya dalam nota kajian hari ini.

Sementara itu, Kenanga Research juga memilih Nova Berhad yang disokong oleh loji baharu, perluasan rangkaian pengedaran dan penembusan ke hospital awam tempatan.

"Kami menjangkakan jumlah dagangan Nova pada tahun kewangan 2024 meningkat sebanyak 8% didorong oleh peningkatan beransur-ansur kilang baharunya dan kesan setahun penuh daripada 35 SKU baharu yang diperkenalkan pada FY22.

image is not available

"Kami juga menyukai NOVA untuk model perniagaannya yang merangkumi keseluruhan spektrum rantaian nilai daripada produk pengkonsepan bermula dari R&D hingga pembuatan," jelasnya.

Bagaimanapun, hal yang sama untuk Kotra dan Nova tidak boleh dikatakan untuk Pharmaniaga yang masih berstatus PN17 dengan keputusan FY23 Pharmaniaga mengecewakan kerana penurunan nilai inventori, kos pembangunan produk dan mesin.

"Kumpulan itu sedang menunggu kelulusan pelan penyelarasannya untuk mengeluarkannya daripada status Nota Amalan 17 (PN17).

"Kami mengunjurkan pertumbuhan pendapatan pembelian terus dalam FY24-FY25 pada tahap yang serupa dengan sebelum COVID-19, dengan purata RM40 juta dan RM60 juta, didorong oleh pesanan tetap untuk bekalan perubatan daripada konsesi Kementerian Kesihatan," ujarnya.

Kata firma penyelidikan itu, memandang ke hadapan, Pharmaniaga sedang membina empat gudang baharu, sebagai sebahagian daripada rancangan belanjawan RM220 juta yang akan dibiayai dengan hasil daripada terbitan hak dan penempatan peribadi saham baharu.

"Ini adalah untuk memenuhi keperluan berhubung dengan konsesi kerajaan untuk menyediakan penghantaran ubat dan produk bukan dadah tepat pada masanya ke kemudahan kerajaan di seluruh negara," katanya.- DagangNews.com