KPB Sandakan nafi beras plastik dijual di pasaran

10 Oct 2023 • 3:11 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Pihak Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Cawangan Sandakan menafikan dakwaan terdapatnya beras plastik dijual dalam pasaran di daerah ini.

Ketua Cawangan KPB Sandakan, Mohd Saiful Nizam Adnan berkata, pihaknya telah menerima video yang tular tersebut dan siasatan sedang dijalankan.

“Pihak peruncit dan pembekal jenama tersebut telah tampil ke pejabat KPB membuat aduan secara rasmi berkaitan komen-komen negatif dan kerisauan pengguna terhadap penularan video tersebut.

“Pihak KPB telah menjalankan siasatan berkaitan dakwaan ini dengan melakukan pengambilan sampel beras di premis peruncit dan pembekal,” katanya.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Mohd Saiful berkata, sampel beras yang telah diambil akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk membuktikan beras tersebut bukanlah plastik seperti yang ditularkan.

Beliau juga menjelaskan bahawa setiap kemasukan beras import di pelabuhan tempatan, pihak Bernas akan membuat ujian makmal terlebih dahulu bagi memeriksa keselamatan beras tersebut.

“Sijil keselamatan juga perlu dikemukakan oleh negara pengeksport. Proses ini amat dititik berat untuk setiap kemasukan beras putih import ke negara ini bagi menjamin keselamatan beras,” ulas beliau.

Mohd Saiful ditemui media selepas melakukan pemeriksaan di premis peruncit dan salah sebuah kilang pemborong di daerah ini bersama-sama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan, pada Isnin.

Tambahnya lagi, KPB tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menimbulkan kegusaran orang awam terhadap isu keselamatan makanan negara terutamanya beras.

“Tindakan tegas akan diambil kepada pihak yang tidak bertanggung jawab berkaitan perkara ini,” katanya.

'Sementara itu, orang awam dinasihatkan untuk tampil membuat aduan secara rasmi kepada pejabat KPB dan tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu seperti yang ditularkan di media sosial.

“Biar pihak yang ditauliahkan dan pakar untuk membuat pengesahan mengikut kaedah yang ditetapkan, jangan kita membuat keputusan sendiri yang akhirnya mendatangkan kesan buruk pada kita sendiri sekali gus melibatkan pihak lain.

Terdahulu, tular sebuah video yang dirakam di sebuah kedai di Kampung Sim-Sim, di sini, mengenai beras putih import yang didakwa mengandungi beras plastik.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.