KPDN Dan MyCC Meterai MoU Bersama Badan Berkuasa Persaingan Turkiye

LocalPolitics
12 Sep 2024 • 9:37 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

KPDN Dan MyCC Meterai MoU Bersama Badan Berkuasa Persaingan Turkiye

ANKARA, 11 September 2024 – Saya telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Perdagangan Turkiye, Prof. Dr. Omer Bolat. Turut hadir dalam kunjungan hormat tersebut ialah Duta Besar Malaysia ke Turkiye, TYT Sazali Mustafa dan para pegawai kanan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Sewaktu kunjungan hormat tersebut, kami telah membincangkan pelbagai perkara yang melibatkan aspek tanggungjawab yang berkaitan di antara kedua-dua kementerian seperti perdagangan dalam negeri, perlindungan pengguna, perundangan persaingan dan isu kos sara hidup.

Perjumpaan di antara kedua-dua kementerian ini disusuli dengan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara MyCC dan badan berkuasa persaingan di Turkiye iaitu Turkish Competition Authority (TCA). Ini merupakan MOU yang pertama ditandatangani oleh MyCC dengan agensi persaingan negara lain.

MOU ini adalah langkah strategik yang bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama antara kedua-dua agensi dalam menghadapi cabaran yang semakin kompleks dalam penguatkuasaan undang-undang persaingan.

Fokus utama kerjasama ini adalah untuk meningkatkan ketangkasan penguatkuasaan, terutama dalam menangani kes-kes antipersaingan yang dinamik, serta memperluas pertukaran maklumat dan kepakaran dalam pelbagai aspek undang-undang persaingan.

image is not available

MyCC telah memainkan peranan penting dalam memastikan persaingan yang adil dan terbuka di Malaysia. Sejak penubuhannya, MyCC telah menyiasat lebih daripada 100 syarikat berkaitan pelbagai kes pelanggaran antipersaingan seperti kartel dan monopoli bermasalah.

MOU antara MyCC dan TCA ini adalah langkah penting untuk memperkasa peranan MyCC dalam membantu Kerajaan memerangi isu kartel dan monopoli. Dengan adanya kerjasama ini, kita dapat memastikan pasaran yang lebih kompetitif, inovatif, dan memberikan rakyat lebih banyak pilihan melalui persaingan yang sihat.

image is not available

KPDN komited untuk terus memastikan pembangunan ekonomi yang seimbang dan melindungi kepentingan pengguna. Kementerian akan terus berusaha untuk mewujudkan pasaran yang adil dan terbuka, di mana persaingan yang sihat dapat memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved