KPDN gagalkan aktiviti seleweng diesel bersubsidi di Ipoh

29 May 2024 • 12:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dengan cara mengubah suai lori yang disertakan tangki tambahan untuk mengisi bahan api terbabit dalam serbuan di Ipoh, Perak, Jumaat lepas.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam berkata serbuan menerusi Ops Tiris 3.0 terhadap sebuah lori di sebuah stesen minyak itu dilakukan selepas melihat lori berkenaan sedang mengisi minyak diesel dalam keadaan mencurigakan dan dalam tempoh lama.

“Modus operasi ialah menggunakan lori yang diubah suai dengan tangki tambahan dan mengisi minyak diesel di beberapa stesen minyak sebelum minyak diesel dikumpulkan dan diedar di pasaran gelap,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan terhadap keseluruhan lori menemukan 1,700 liter minyak diesel di dalam sebuah tangki tambahan dalam ruangan muatan lori terbabit yang bersambung dengan tangki asal kenderaan itu.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Susulan itu, pihaknya menyita lori berserta tangki tambahan itu yang berisi minyak diesel, hos paip, motor pam, beberapa dokumen berkaitan serta peralatan lain yang, kesemuanya dianggar bernilai RM23,655.

Azman berkata seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang juga pemandu lori ditahan bagi membantu siasatan kes yang dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).

Beliau berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti individu atau syarikat lain yang terlibat dalam aktiviti itu serta rantaian pengedaran minyak diesel berkenaan.

Syarikat itu juga katanya akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.