KPDN gesa premis niaga terima cara bayar guna MyKad

LocalPolitics
11 Feb 2025 • 3:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mohd Nazllie Zainul

PENAMPANG: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali menggesa lebih banyak premis perniagaan serta pasar raya mengaplikasikan penerimaan pembayaran menggunakan sistem Mykad.

Armizan berkata, pendekatan seumpama itu dilihat lebih memudahkan rakyat memanfaatkan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (Sara) yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima.

Advertisement“Seperti dimaklumkan Kementerian Kewangan baru-baru ini, pelaksanaan program Sara akan diperluaskan menggunakan sistem sama ke Sabah dan Sarawak bermula tahun ini.

“Kalau sebelum ini pelaksanaan di dua negeri berkenaan diberikan melalui tunai dan adakalanya tempoh pemberian itu mengambil masa berbulan untuk disampaikan secara tunai kepada penerima.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Bagaimanapun, bermula tahun ini kerajaan melibatkan pasar raya dan premis perniagaan lain di Sabah dan Sarawak yang membolehkan sumbangan berkenaan digunakan menerusi pembayaran sistem MyKad.

“Pengguna boleh datang ke pasar raya dengan hanya membawa MyKad masing-masing untuk membuat pembayaran selain boleh menyemak baki sumbangan. Oleh itu, kita lihat kaedah ini lebih mudah untuk pengguna,” katanya.

AdvertisementArmizan berkata demikian sewaktu ditemui media sejurus menyempurnakan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) Back to School 2025 sempena musim cuti persekolahan di pusat beli-belah ITCC, dekat sini, pada Ahad.

Turut hadir Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Sabah, Shahril Nizam Shahidan.

AdvertisementDalam pada itu, Armizan menyatakan kerajaan memperuntukkan hampir RM13 bilion bagi tahun 2025 untuk inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sara dalam usaha membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup.