KPDN mohon tambah pegawai untuk tingkatkan penguatkuasaan

LocalPolitics
25 Jul 2025 • 10:33 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah memohon penambahan bilangan pegawai dan anggota bagi meningkatkan keupayaan penguatkuasaan dasar-dasar baharu kerajaan.

Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Aris Mamat, menjelaskan bahawa permohonan itu dibuat berikutan kekangan anggota dan pegawai sedia ada ketika melaksanakan tugas penguatkuasaan.

“Tahun lepas kita ada buat tambahan lebih 200 anggota dan pegawai seluruh negara dan tahun ini kita turut memohon penambahan lagi. Pengambilan anggota dan pegawai ini biasanya ditentukan JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam)...penambahan keanggotaan bergantung kepada waran (kuota) dan pengagihannya akan diputuskan oleh JPA,“ katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Inter-Agensi di Kompleks Sukan dan Belia Panji.

KPDN kini mempunyai seramai 2,300 pegawai dan anggota di seluruh negara, namun penambahan diperlukan bagi memastikan keberkesanan penguatkuasaan di semua peringkat.

“Sebab kita mempunyai 13 akta yang memerlukan lebih ramai anggota untuk membantu kerajaan terutamanya dari aspek kawalan apabila kerajaan membuat dasar baharu,“ jelasnya.

Aris turut menekankan pentingnya kerjasama dengan agensi lain bagi mengekang ketirisan barangan kawalan. “Tanpa kerjasama daripada pelbagai agensi, tidak mungkin kita dapat mengekang aktiviti yang menyalahi undang-undang,“ katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved