KPDN pastikan bekalan gula sentiasa ada: Menteri

28 May 2023 • 1:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan sentiasa memastikan bekalan gula sentiasa ada di pasaran, dengan pemantauan dijalankan setiap hari selain mengawal harga gula kasar dan halus.

Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata semua industri diberi arahan untuk mengeluarkan gula putih bagi kegunaan pengguna bagi mengelak kekurangan bekalan gula di pasaran, termasuk bekalan minyak masak yang mencukupi.

“Gula putih kasar dan halus itu mesti berada di pasaran, itu syarat yang telah ditetapkan kepada industri selepas kementerian memberi keizinan mengeluarkan gula putih bertapis jernih yang mereka boleh jual tanpa harga kawalan.

“Penguatkuasa akan sentiasa memantau keadaan dari masa ke masa melalui Ops Manis untuk memastikan gula ada di pasaran,” katanya.

SPONSORED CONTENT Under Armour introduces its latest outlet at the IMAGO Shopping Mall in Kota Kinabalu Kota Kinabalu: Everyday athletes and performance enthusiasts in Sabah can now get their hands on a wide range of performance gears in Sabah’s newest Under Armour outlet at the IMAGO Shopping Mall. Read more Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Pesta Kaamatan 2023 di Bataras Hypermarket, Kolombong di sini pada Sabtu.

Skim ini berkuat kuasa selama tujuh hari bermula Sabtu.

Salahuddin berkata Kementerian tidak akan berkompromi sekiranya berlaku isu-isu penyorokan atau mengambil kesempatan atas pengumuman kementerian berhubung perkara itu. Pada Khamis lalu, beliau berkata Kerajaan membenarkan dua syarikat pengeluar gula tempatan – MSM Malaysia Holdings Bhd and Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) – untuk mengeluarkan gula putih bertapis jernih, yang mana harganya ditentukan oleh pasaran, sekali gus memberi pengguna pilihan gula, selain gula putih kasar dan halus sedia ada. Sementara itu, sebanyak lapan jenis barangan disenaraikan sebagai barangan kawalan di bawah skim kawalan harga itu.

Salahuddin berkata, penetapan harga kawalan itu bertujuan memastikan rakyat khususnya yang menyambut Pesta Kaamatan akan dapat berbelanja pada harga yang terkawal.

Dalam kenyataan media yang diedarkan pada majlis itu, harga sekilogram lapan barangan yang disenaraikan ialah kepak ayam RM15.50 untuk harga borong dan RM16.50 harga runcit; daging kerbau import (India) kecuali batang pinang (RM20 harga borong dan RM22 harga runcit).

Turut disenaraikan daging babi perut RM43 harga borong dan RM45 harga runcit, serta daging babi iaitu daging dan lemak, harga borong ialah RM36 manakala harga runcit RM38.

Bagaimanapun terdapat perbezaan harga barangan di kawasan Pantai Barat untuk bawang kecil merah (India) dengan RM6 harga borong dan RM7 harga runcit; bawang putih (China) RM6.50 harga borong dan RM8 harga runcit; cili kering leper RM16 harga borong dan RM18 harga runcit, manakala babi hidup (RM19.50).

Di Pantai Timur harga bawang kecil merah (India) ialah RM7 harga borong dan RM8 harga runcit; bawang putih (China) RM7 harga borong dan RM8.50 harga runcit manakala babi hidup RM20.

Salahuddin berkata, berdasarkan pemerhatian, terdapat beberapa barangan yang dijual lebih rendah daripada harga kawalan dan secara tidak langsung menggambarkan peniaga seiring dengan Kementerian untuk menjayakan skim ini.

Katanya, pegawai penguatkuasa KPDN telah ditugaskan di lokasi strategik seperti pusat beli-belah untuk keperluan perayaan.

“Strategi ini membolehkan penguatkuasaan dijalankan dengan lebih berkesan di mana tindakan segera boleh diambil terhadap aduan pengguna dan tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga sekiranya berlaku ketidakpatuhan.

“Kerajaan berharap semua pihak dapat mematuhi harga yang telah ditetapkan dan menggunakan label merah jambu bagi barangan yang harganya dikawal.

“Harus diingatkan tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim ini,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.