KPDN Perak rampas pencuci pakaian jenama tiruan bernilai lebih RM7,000

LocalBusiness & Finance
8 Jan 2025 • 10:41 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

IPOH, 8 JAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak merampas produk pencuci pakaian berjenama disyaki tiruan dalam dua serbuan berasingan di Seri Iskandar dan Taiping, semalam.

Pengarahnya Datuk Kamalludin Ismail berkata dalam serbuan tersebut pihaknya merampas 393 unit pencuci pakaian berjenama tiruan dipercayai menggunakan cap dagangan berjenama yang dipakaikan dengan salah pada barangan berkenaan.

“Wakil syarikat cap dagang telah melakukan pengesahan awal terhadap semua sabun pencuci terbabit dan dipercayai premis telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 102 (1)(c) Akta Cap Dagangan 2019.

“Kesemua barangan dan dokumen berkaitan telah disita untuk siasatan lanjut serta nilai rampasan bagi dua premis yang kita serbu dianggarkan berjumlah RM7,124.27,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya komited melindungi hak pemilik cap dagang dengan mengadakan pemantauan dan risikan berterusan terhadap premis yang menjual barangan berjenama bagi membanteras penjualan barang tiruan, seterusnya dapat meningkatkan keyakinan pelabur asing terutamanya di Perak.

— BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved