KPDN perluas sistem eCOSS elak ketirisan minyak masak bersubsidi

8 Jul 2025 • 6:04 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KOTA BHARU, 8 JULAI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperluas sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) di seluruh negara bagi menggelakkan berlakunya ketirisan minyak masak peket bersubsidi.

Menteri berkaitan Datuk Armizan Mohd Ali berkata sistem itu bertujuan meningkatkan pemantauan bekalan dengan merekodkan transaksi dari pelbagai peringkat bermula dari kilang penapisan hingga kepada peruncit dan pengguna.

“Sebagai contoh, ada peruncit yang ‘nakal-nakal’ sikit, dia dapat mungkin satu hari 10 kotak untuk jual, jadi lima kotak dia jual, lima lagi dia bagi pada kroni atau disimpan dalam stor mereka, malah ada yang gunting peket minyak lepas itu masuk dalam botol dan dijual pada harga botol.

“Justeru, mahu tidak mahu kita kena tengok dari aspek pengurusan risiko mekanisme kawalan untuk memastikan bekalan yang ada ini mempunyai rekod dan data dalam sistem tersebut sekali gus dapat mengelakkan berlakunya ketirisan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Stesen Minyak Shell dekat Panchor di Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Beliau berkata pembelian minyak masak peket yang menggunakan sistem tersebut menerusi aplikasi eCOSS dapat memastikan kawalan barangan bersubsidi ini lebih telus dan bersasar.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved