KPDN rampas barang tiruan lebih RM145,000

29 Jul 2023 • 12:26 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Sabah merampas pelbagai barangan tiruan bernilai RM145,634.50 dalam serbuan di lima premis perniagaan di Kota Marudu, dan di sini, pada Rabu dan Khamis lalu.

Antara barangan dirampas ialah telefon bimbit dan aksesori ‘Vivo’, serta gergaji rantai dan alatan ‘STIHL’.

Pengarah KPDN Sabah Georgie Abas berkata, wakil jenama gergaji rantai dan peralatan kuasa STIHL turut terlibat dalam pemeriksaan itu.

Beliau berkata, dalam operasi pertama, pasukan serbuan merampas dua gergaji rantai, 63 unit mata gergaji dan 62 palam pencucuh yang disyaki tiruan bernilai RM8,471.

SPONSORED CONTENT K.T.I. achieves RM140 million sales Kota Kinabalu: K.T.I. Sdn Bhd’s The Logg, Luyang has launched Easy Care, its brand-new hospitality initiative, which aims to elevate the living experience by providing an all–in-one care to its residents at Shorea n Astoria. Read more Dalam operasi kedua, beliau berkata pegawai penguat kuasa, bersama wakil daripada jenama berdaftar alat telekomunikasi Vivo, memeriksa tiga cawangan elektronik di sekitar Ibu Negeri pada Khamis.

“Kami menemui dan merampas 818 unit telefon pintar Vivo (disyaki tiruan), 253 kabel data USB dan 104 unit pengecas pantas bernilai RM137,163.50,” katanya, pada Jumaat.

“Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM145,634.50,” katanya.

Georgie berkata, pemilik lima premis perniagaan itu akan disiasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019 kerana mempunyai barangan tiruan dalam milikan mereka dengan niat untuk menjualnya.

Beliau berkata mereka yang didapati bersalah berdepan denda tidak lebih RM10,000 bagi setiap barang rampasan atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

“Bagi syarikat atau organisasi korporat, mereka boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang,” katanya.

Georgie menegaskan Kementerian akan terus menguatkuasakan undang-undang bagi membendung aktiviti pelanggaran hak cipta dan penjualan barangan tiruan.

“Peniaga juga diingatkan supaya lebih bertanggungjawab dan menghormati harta intelek orang lain, dan juga menyemak semula ketulenan produk (yang mereka jual).

“Pengguna juga dinasihatkan supaya tidak menyokong perniagaan sebegitu dengan membeli barangan tiruan,” katanya.

Beliau menggesa orang ramai untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan melaporkan sebarang aktiviti perniagaan luar biasa atau mencurigakan, khususnya membabitkan penjualan barangan tiruan.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh memaklumkan kepada Kementerian melalui WhatsApp pada talian 019-279 4317 atau 019-848 8000 atau dalam talian melalui e-aduan.kpdnhep.gov.my.

Mereka juga boleh menghubungi talian 1-800-886-800 atau e-mel [email protected] dan Pusat Perintah Penguatkuasaan pada talian 03-88826088 /6245.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.