KPDN rampas minyak masak peket disorok dalam stor, jual kepada individu tertentu

LocalPolitics
9 Jan 2025 • 11:21 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

IPOH, 9 JAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita 140 kilogram (kg) masak peket 1 kg selepas menyerbu sebuah premis di Batu Kurau, Taiping, apabila peniaga di premis berkenaan didapati menjual minyak tersebut hanya kepada orang yang tertentu sahaja.

Pengarahnya Datuk Kamalludin Ismail berkata premis berkenaan diserbu sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Perak Cawangan Taiping kira-kira pukul 11.50 pagi semalam, susulan maklumat dan aduan orang awam yang tidak berpuas hati dengan tindakan peniaga berkenaan.

“Berdasarkan maklumat tersebut, satu tindakan uji beli melalui Ops Samar telah dilaksanakan dan hasilnya mendapati pekerja premis memaklumkan bahawa minyak masak peket telah habis dijual,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya yang curiga dengan jawapan pekerja tersebut telah menyerbu dan membuat pemeriksaan di premis berkenaan, yang membawa kepada penemuan 140 kg minyak masak peket 1 kg disimpan di stor simpanan barang.

Kamalludin berkata semua minyak masak yang dianggarkan bernilai RM350 itu disita dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved