KPDN rampas produk penjagaan kulit, langgar cap dagangan berdaftar

LocalBeauty
29 Jul 2026 • 4:57 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KPDN rampas produk penjagaan kulit, langgar cap dagangan berdaftar

SHAH ALAM, 29 JULAI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) cawangan Kajang merampas sejumlah produk penjagaan kulit yang disyaki menggunakan cap dagangan berdaftar tanpa kebenaran dalam serbuan di sebuah premis di Seri Kembangan, baru-baru ini.

Rampasan itu dibuat hasil pemeriksaan dijalankan pada 28 Julai lalu bersama wakil pemilik cap dagangan yang mendapati pelbagai produk penjagaan kulit dipercayai tiruan berada di premis berkenaan.

KPDN memaklumkan semua produk terbabit dirampas bagi tujuan tindakan serta siasatan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Menurut kementerian itu, operasi berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan membanteras penyalahgunaan cap dagangan di negara ini.

“Tindakan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan KPDN dalam membanteras penyalahgunaan cap dagangan sekali gus melindungi hak pemilik harta intelek serta memastikan pengguna tidak terperdaya dengan produk tiruan.

“Kes disiasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019 dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap individu atau syarikat yang didapati menjual barangan menggunakan cap dagangan berdaftar tanpa kebenaran,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, KPDN menasihatkan orang ramai dan peniaga supaya sentiasa mematuhi peruntukan undang-undang serta memastikan setiap barangan yang dijual tidak melanggar harta intelek bagi mengelakkan dikenakan tindakan penguatkuasaan.

Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 bagi setiap unit barangan tiruan atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya mengikut peruntukan Akta Cap Dagangan 2019.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved