KPDN sasar agih 130,000 bakul Rahmah menjelang Jun

13 May 2023 • 7:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Salahuddin (kanan) ketika menyempurnakan Majlis 'flag off' Lori Rahmah peringkat negeri Terengganu di Driving Range UniSZA pada Sabtu.

KUALA NERUS - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dijangka selesai mengagihkan bakul Rahmah fasa pertama kepada 130,000 ketua isi rumah (KIR) kumpulan miskin tegar dan golongan sasar yang dikenal pasti menjelang Jun nanti.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, setakat ini inisiatif bakul Rahmah yang dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negara sejak Februari lalu telah memberi manfaat kepada lebih 80,000 KIR.

Menurutnya, pelaksanaan bakul Rahmah fasa kedua dan ketiga kepada golongan sasar dijangka diteruskan lagi selepas Jun nanti melibatkan kerjasama rakan-rakan industri.

"Kita turut adakan di Terengganu, Kedah dan Kelantan sebagai bukti bahawa kita tidak mempamerkan politik dendam atau tidak layan negeri di bawah pembangkang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis 'flag off' Lori Rahmah peringkat negeri Terengganu di Driving Range Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada Sabtu.

Pada majlis itu, sebanyak 1,600 bakul Rahmah akan diagihkan kepada kumpulan sasar yang terlibat di sekitar Kuala Terengganu dengan kerjasama Yayasan Global Mesra (YGM) bermula Sabtu.

Inisiatif bakul Rahmah dilancarkan bagi membantu golongan miskin tegar dan kurang berkemampuan untuk mendapatkan bantuan makanan serta keperluan asas dalam mendepani kos sara hidup.

Setakat ini, empat inisiatif di bawah Program Payung Rahmah telah diperkenalkan di bawah KPDN iaitu Jualan Rahmah, Pakej Rahmah, Kafe Rahmah dan Menu Rahmah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved