
KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyerahkan kepada proses undang-undang serta sistem kehakiman berkaitan isu royalti muzik.
Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata terdapat segelintir pihak yang tidak berpuas hati dan sedang melakukan semakan kehakiman di mahkamah ketika ini.
“KPDN, MyIPO dan Menteri KPDN sendiri telah dinamakan sebagai responden. Proses sedang berlangsung di mahkamah.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Kita serah kepada proses undang-undang dan sistem kehakiman. Matlamat saya hanya mahu hak semua pihak dilindungi serta dipelihara termasuk para artis dan karyawan.
“Hal ini kerana ramai dalam kalangan anak seni di negera ini yang akhirnya susah dan kerajaan tidak boleh dilihat tiada melakukan sesuatu untuk mewujudkan kerangka perundangan yang lebih jelas dan menyeluruh,” katanya selepas menghadiri Karnival Jelajah KPDN Zon Sabah di Ranau pada Sabtu.
Terdahulu Armizan sempat bertemu dua artis tempatan Sabah Bella Astillah dan Elica Paujin bagi berbincang secara ringkas mengenai perkembangan kerjaya mahupun kefahaman mereka terhadap isu royalti muzik yang semakin mendapat perhatian umum.
Dalam pada itu Armizan menyatakan kementeriannya menerusi agensi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bakal memperkenalkan Garis Panduan (GP) Organisasi Pengurusan Kolektif (CMO) di bawah Seksyen 27M, Akta Hak Cipta 1987.
Beliau berkata MyIPO diberi kuasa untuk mengeluarkan GP berhubung perisytiharan dan pengendalian kepada mana-mana pihak didaftarkan sebagai CMO yang diberi mandat oleh pemunya hak cipta untuk menguruskan hak royalti mereka.
“Hasrat kita adalah menambah baik ekosistem pengurusan royalti muzik. Ini termasuklah peringkat advokasi dan pematuhan semua pemegang taruh serta ketelusan tadbir urus termasuk kutipan dan pembayaran.
“Saya menegaskan karya dan bakat adalah harta manakala karya dan bakat ialah sumber rezeki.
“Sudah menjadi tanggungjawab beliau yang memimpin KPDN hari ini untuk memastikan harta dan rezeki itu terus dinikmati oleh para karyawan muzik bukan sahaja sepanjang karier aktif masing-masing namun selama mana karya tersebut dimanfaatkan oleh semua pengguna,” katanya.


