KPDN sita 5,300 liter minyak diesel di Tuaran

30 Jul 2023 • 1:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tuaran: Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Tuaran menyita kira-kira 5,300 liter minyak diesel bersubsidi menerusi Ops Tiris bagi membanteras aktiviti penyelewengan dan ketirisan barang kawalan minyak diesel, Jumaat.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Tuaran, Saripuddin Moleng berkata, operasi terbabit dijalankan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Tuaran pada jam 11 pagi di sebuah stor tapak pembinaan di Rugading, Tuaran.

“Serbuan mendapati terdapat minyak diesel yang dianggarkan sebanyak 5,300 liter dalam satu tangki besi berbentuk segi empat yang dilengkapi pam meter elektronik.

“Pihak KPDN menyita kesemua bahan berkenaan yang dianggarkan bernilai RM25,700 dan menahan seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai sebagai penyelia stor di lokasi serbuan tujuan membantu siasatan awal kes mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan, Sabtu.

SPONSORED CONTENT K.T.I. achieves RM140 million sales Kota Kinabalu: K.T.I. Sdn Bhd’s The Logg, Luyang has launched Easy Care, its brand-new hospitality initiative, which aims to elevate the living experience by providing an all–in-one care to its residents at Shorea n Astoria. Read more Menurutnya, risikan dijalankan selama tiga hari oleh Pegawai Penguat Kuasa KPDN Cawangan Tuaran sebelum serbuan dijalankan.

“Berdasarkan keterangan awal yang diperolehi daripada pekerja stor, barang kawalan itu diperolehi daripada pembekal diesel industri yang sah namun pekerja berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan dan permit atau lesen kebenaran untuk menyimpan barang kawalan di lokasi berkenaan.

“Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menyimpan barang kawalan di tempat tanpa kebenaran pengawal,” jelasnya.

Saripuddin berkata, di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122), mana-mana individu yang disabit dengan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Manakala bagi syarikat, jika disabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM2 juta dan bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta.

“Pihak kementerian akan mengambil tindakan tegas dengan menggantung sementara lesen pengusaha stesen minyak yang terlibat sehingga siasatan selesai dijalankan,” ujarnya.

Difahamkan, Ops Tiris dilancarkan sejak 1 Mac 2023 lalu bertujuan membanteras penyelewengan dan ketirisan minyak diesel bersubsidi.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tuaran akan terus menjalankan risikan, pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan ke atas semua kegiatan berkaitan barang kawalan agar tidak berlaku sebarang bentuk penyelewengan dan ketirisan barang kawalan bersubsidi terbabit.

Sehubungan itu, masyarakat disarankan untuk menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan memberikan kerjasama sekiranya mempunyai sebarang maklumat terutamanya berkaitan aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi bagi memastikan aktiviti haram ini dibanteras sehingga ke akar umbi yang boleh menyebabkan kerugian besar kepada rakyat dan negara.

Orang ramai yang mempunyai maklumat, boleh menghubungi pihak kementerian melalui saluran aplikasi Whatsapp 019-279 4317 atau 019-848 8000, Portal Aduan e-aduan.kpdn.gov.my, pusat panggilan 1-800-886-800 atau emel [email protected].

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.