KPDN tegas bela hak pengguna buat tuntutan

LocalBusiness & Finance
27 Jun 2026 • 1:20 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

KPDN tegas bela hak pengguna buat tuntutan

Kota Kinabalu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus tegas membela hak pengguna apabila berjaya memperoleh sabitan terhadap sebuah syarikat yang melakukan kesalahan berterusan kerana gagal mematuhi Award dikeluarkan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Pengarah KPDN Sabah, Shahril Nizam Shahidin (gambar) berkata, dalam prosiding di Mahkamah Majistret 3 Kota Kinabalu, Alex Contractor Sdn Bhd mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 117(2) Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana terus gagal mematuhi Award TTPM bertarikh 21 April 2025 yang mengarahkan syarikat itu membayar RM50,000 kepada pihak yang membuat tuntutan.

Menurutnya, Majistret Marilyn Kelvin menjatuhkan hukuman denda RM20,300 atau enam minggu penjara sekiranya gagal membayar denda, bagaimanapun syarikat terbabit kemudiannya menjelaskan denda yang dikenakan mahkamah.

“Ini membuktikan komitmen KPDN dalam memastikan setiap award tribunal dipatuhi serta hak pengguna terus dipelihara,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, Jumaat.

Mengulas lanjut, Shahril berkata, syarikat terbabit sebelum ini telah disabitkan mengikut Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 pada 2 Disember 2025 lalu kerana gagal mematuhi award tribunal yang sama, namun masih gagal melaksanakan award berkenaan sehingga menyebabkan tindakan lanjut diambil mengikut Seksyen 117(2) akta sama.

Menurutnya, mahkamah turut mengenakan penalti tambahan berdasarkan tempoh 203 hari kesalahan itu yang dilakukan secara berterusan kerana Seksyen 117(2) memperuntukkan penalti tambahan berupa denda tidak melebihi RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada hari sepanjang kesalahan itu berterusan selepas sabitan di bawah seksyen yang sama.

“KPDN Sabah memandang serius kegagalan mana-mana pihak mematuhi award tribunal kerana ia menjejaskan hak pengguna dan integriti sistem penyelesaian tuntutan pengguna negara dan tindakan penguatkuasaan ini juga menjadi peringatan bahawa mana-mana pihak yang ingkar boleh dikenakan tindakan undang-undang yang tegas. “Justeru, orang ramai yang mempunyai aduan berkaitan kepenggunaan boleh mengemukakannya melalui WhatsApp KPDN di talian 019-848 8000, Portal e-Aduan KPDN, Call Centre 1-800-886-800 atau aplikasi Ez ADU KPDN,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved