KPDN teliti inisiatif Rahmah peralatan sekolah - Salahuddin

8 Mar 2023 • 6:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Salahuddin - Foto Bernama

PETALING JAYA - Inisiatif berkonsepkan Menu Rahmah dalam aspek bantuan persekolahan akan diteliti bagi membantu meringankan beban ibu bapa berpendapatan rendah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya akan mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan bagi menjayakan inisiatif berkenaan yang dijangka dilaksana mulai tahun hadapan.

"Dalam tempoh 100 hari ini kita akan fokuskan pada Menu Rahmah terlebih dahulu.

"Bagaimanapun untuk pakej persekolahan, secara formalitinya saya akan cuba uruskan agar pelaksanaannya lebih teratur seperti Menu Rahmah ketika ini,” katanya selepas majlis pelancaran Menu Rahmah McDonald's di sini hari ini.

Salahuddin berkata, buat masa ini, bantuan persekolahan masih disalurkan menerusi program Kembali ke Sekolah (Back to School) yang dilaksanakan di setiap kawasan Parlimen.

Inisiatif Menu Rahmah yang menawarkan makanan pada harga RM5 dan ke bawah dilancarkan pada Januari lepas sebagai antara usaha kerajaan menangani kenaikan kos sara hidup. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved