KPDN tubuh Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan dan Harga Barangan Keperluan Harian

LocalPolitics
23 Apr 2025 • 4:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bagi menangani isu berbangkit seperti harga barangan yang dibebani rakyat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan dan Harga Barangan Keperluan Harian.

Menurut laporan Kosmo! Online, menterinya Datuk Armizan Mohd. Ali memberitahu penubuhan jawatankuasa ini bertujuan untuk memperkukuh serta menyusun semula kerjasama antara kementerian yang sebelum ini hanya digerakkan secara ad hoc, terutamanya ketika musim perayaan.

Katana lagi, melalui penubuhan jawatankuasa teknikal ini segala usaha pemantauan dan tindakan akan menjadi lebih strategik, konsisten dan menyeluruh bagi memastikan harga barang dan bekalan harian sentiasa terkawal.

Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan dan Harga Barangan Keperluan Harian

image is not available

“Susulan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 Mac lalu, Kabinet telah mempersetujui syor daripada KPDN untuk menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan dan Harga Barangan Keperluan Harian.

“Jawatankuasa teknikal itu akan melibatkan kerjasama rasmi merentasi kementerian dan turut melibatkan industri yang akan bermesyuarat secara berkala dan juga ada pelaporan.

“Jawatankuasa ini juga akan berperanan sebagai mekanisme amaran awal (early warning sysytem) bagi memastikan isu-isu berkaitan harga dan bekalan dapat ditangani secara cekap dan berkesan,” katanya menerusi sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Aidilfitri KPDN di sini hari ini.

Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan dan Harga Barangan Keperluan Harian

image is not available

Dalam pada itu, Armizan berkata jawatankuasa teknikal ini akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPDN sendiri, Datuk Seri Mohd. Sayuthi Bakar, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), serta agensi dan pemain industri yang berkaitan.

Sumber: Kosmo! Online (Kamariah Khalidi)