KPDNHEP Labuan rampas 1,496kg minyak masak subsidi dan 297kg gula

9 Aug 2022 • 1:06 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

LABUAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Labuan merampas 1,496 peket minyak masak bersubsidi satu kilogram (kg) dan 297kg gula dari sebuah kedai runcit di Kampung Sungai Keling, di sini, semalam.

Pengarah KPDNHEP Wilayah Persekutuan Labuan, Junaidah Arbain berkata, rampasan dengan nilai keseluruhan RM4,586.45 itu dilakukan oleh pasukan penguat kuasa semasa pemeriksaan rutin mengenai pematuhan penjualan barangan kawalan bersubsidi oleh peniaga pada jam 4.30 petang.

Katanya, pemilik kedai runcit tersebut tidak memiliki lesen di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk menjual barangan kawalan tersebut.

“Lesen untuk menjual barang kawalan tersebut hanya RM10 setahun dan masih ada peniaga gagal memohon lesen tersebut daripada KPDNHEP,” katanya,.

Menurutnya, operasi pemeriksaan pematuhan syarat lesen akan dijalankan di semua kedai runcit di kawasan perkampungan dan kawasan penempatan.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved