KPDNHEP tahan 10 lelaki disyaki terlibat sindiket seleweng diesel

2 Sep 2022 • 2:57 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KLANG, 2 SEPT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor menahan 10 lelaki termasuk enam warga asing yang disyaki terlibat dalam kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi, semalam.

Pengarahnya Mohd Zuhairi Mat Radey berkata penahanan itu dibuat di sebuah premis perindustrian di Bandar Bukit Raja di sini hasil risikan pihaknya sejak tiga minggu lepas yang mengesan aktiviti keluar masuk kenderaan mencurigakan di bangunan itu.

“Operasi dibuat pada 10 malam tadi dan berjaya menahan kesemua suspek berusia antara 17 tahun hingga 50an di premis terbabit dengan empat lelaki tempatan bekerja sebagai pemandu lori, manakala enam warga Myanmar bertugas sebagai pekerja menjaga premis,” katanya pada sidang media di lokasi serbuan hari ini.

Beliau berkata sindiket itu menjalankan aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi di kawasan elit (perindustrian) berbanding kawasan yang biasa berlaku jenayah tersebut sebagai taktik untuk mengelak dikesan.

Katanya, kegiatan haram itu dijalankan sejak tiga bulan lepas melibatkan pembelian bahan api di stesen minyak berdekatan.

Mohd Zuhairi berkata pihaknya menyita diesel bernilai RM97,200 selain tiga buah lori, enam unit tong Intermediate Bulk Containers (IBC), dua tangki skid berisi diesel dan peralatan pam penyedut.

Beliau berkata siasatan diteruskan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi mengesan individu lain yang terlibat. – BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved