KPKM lulus import daging khinzir dari Brazil, Thailand

LocalBusiness & Finance
6 Feb 2026 • 1:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
KPKM menerusi DVS meluluskan pengimportan daging khinzir dari Brazil dan Thailand sebagai langkah menampung keperluan bekalan daging khinzir di pasaran tempatan semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina.

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) meluluskan pengimportan daging khinzir dari Brazil dan Thailand sebagai langkah menampung keperluan bekalan daging khinzir di pasaran tempatan semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina.

KPKM menerusi kenyataan pada Jumaat memaklumkan bahawa semua daging khinzir yang diimport tertakluk kepada pematuhan kawalan keselamatan makanan serta prosedur operasi standard (SOP) kesihatan veterinar yang telah ditetapkan.

Langkah itu bertujuan memastikan bekalan makanan import kekal selamat untuk pengguna, selain mengurangkan risiko penularan penyakit ke dalam negara.

“Para pengimport tempatan boleh merujuk laman sesawang rasmi DVS bagi mendapatkan senarai tiga abatoir yang diluluskan di Brazil serta empat abatoir yang diluluskan di Thailand bagi tujuan pengimportan daging khinzir tersebut,” menurut kenyataan itu.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved