KPKM siasat dakwaan anggur Shine Muscat ada kimia berbahaya

LocalHealth & Fitness
27 Oct 2024 • 5:36 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Rasanya yang rangup dan sedap menjadikan anggur import jenis Shine Muscat digemari ramai.

Namun, disebalik kesedapan buah berkenaan, ada dakwaan mengatakan anggur berkenaan mengandungi kimia berbahaya seperti didakwa oleh agensi Thailand.

Berikutan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan menyiasat serta membuat pemeriksaan ke atas buah berkenaan dan jika didapati dakwaan itu adalah benar, satu kenyataan akan dibuat beserta tindakan susulan.

Menteri, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata pihaknya akan merujuk perkara itu kepada agensi berkaitan termasuk MARDI untuk membuat pengesahan.

“Kita amat teliti berhubung perkara ini kerana ia membabitkan soal kesihatan dan pemantauan berterusan akan dilakukan. Jika dikesan mengandungi bahan kimia berbahaya, kita akan ambil tindakan susulan,” katanya.

Memetik laporan dari Berita Harian, Rangkaian Amaran Racun Perosak Thailand (Thai-PAN) memberi amaran berhubung pencemaran anggur Shine Muscat, selepas mendapati kebanyakan sampel yang dikumpulnya mengandungi sisa kimia berbahaya melebihi paras maksimum yang dibenarkan.

Sehubungan dengan itu juga, Thai-PAN dan Majlis Pengguna Thailand (TTC) menggesa agar Kementerian Kesihatan Awam mengambil tindakan segera.

Sementara itu, menerusi ruangan komen di media sosial, ramai yang mengatakan mula timbul gejala sakit tekak, batuk dan selesema selepas makan buah anggur berkenaan namun tidak pasti samada berkaitan atau tidak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved