KPKM Tidak Lindungi Pihak Terbabit Kartel Padi, Beras - Mohamad

LocalPolitics
15 Apr 2024 • 4:46 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
gambar fail

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menegaskan tidak akan melindungi jika ada mana-mana pihak yang didapati terlibat dengan aktiviti kartel padi dan beras di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu menjelaskan perkara itu dalam hantaran di laman Facebook beliau hari ini berikutan pertanyaan oleh sesetengah pihak mengenai isu tersebut baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, KPKM sentiasa bersedia menyalurkan sebarang maklumat kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sekiranya benar wujud kartel padi serta beras dan tidak akan mencampuri sebarang urusan siasatan oleh MyCС.

"Antara skop tugas MyCC ini adalah menyiasat kewujudan kartel dalam ekonomi negara kita.

"Soalan ni saya dah jawab beberapa kali sebelum ini tapi mungkin mereka terlepas pandang. Moga penjelasan ini dapat memberikan pencerahan kepada semua," katanya. - BERNAMA