KPKT rai semangat muhibah, perpaduan menjelang Aidilfitri

LocalPolitics
28 Mar 2025 • 11:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kor Ming (tengah) bersama warga kerja KPKT.

image is not available
Kor Ming mengagihkan cenderahati kepada warga KPKT.

image is not available
Kor Ming mengambil kesempatan mengagihkan kurma kepada warga KPKT dalam kunjungan mengejut sambil beramah mesra serta bertanya khabar.

SHAH ALAM - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meraikan semangat muhibah dan perpaduan dalam kalangan warga kementerian menerusi pelbagai aktiviti sepanjang Ramadan.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, kepelbagaian budaya merupakan kekuatan Malaysia, selaras slogan 'Perpaduan dalam Kepelbagaian'.

"Seperti biasa, kami telah menghiaskan lobi KPKT dengan tema Eid Mubarak yang indah dan menawan untuk menyemarakkan suasana perayaan serta mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan warga kementerian.

**media[3065717]**

“Di KPKT, kami sentiasa berbangga dalam meraikan pelbagai perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Tahun Baharu Cina bersama warga KPKT yang terdiri daripada berbilang kaum, bangsa dan agama.

“Kita mesti menolak suara yang cuba memecahbelahkan rakyat kerana perpaduan adalah asas kestabilan dan kemajuan negara,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Menurut Kor Ming, peluang menyambut setiap perayaan utama di negara dalam keadaan aman dan harmoni merupakan suatu nikmat yang amat besar untuk rakyat Malaysia.

Beliau juga mengambil kesempatan mengagihkan kurma kepada warga KPKT dalam kunjungan mengejut sambil beramah mesra serta bertanya khabar.

**media[3065716]**

Sebelum ini, beliau turut mengadakan sesi singgah sahur bersama anggota bomba di Kuala Lumpur sebagai tanda penghargaan kepada wira merah yang bertugas memastikan keselamatan masyarakat.

Dalam usaha memastikan perjalanan pulang ke kampung lebih selesa, KPKT bekerjasama dengan pihak swasta bagi menaik taraf tandas awam di kawasan Rehat dan Rawat (R&R), sekali gus memberikan kemudahan lebih baik kepada pengguna jalan raya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved