KPM akan baik pulih empat sekolah rosak ribut di Teluk Panglima Garang

16 Oct 2025 • 11:54 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PUTRAJAYA: Kerja-kerja pembersihan dan penilaian kerosakan sedang giat dilaksanakan di empat sekolah yang terjejas akibat kejadian ribut di Teluk Panglima Garang, Selangor petang semalam menurut Kementerian Pendidikan.

Empat sekolah terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Sijangkang Jaya, Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya, SK Kampung Medan dan SK Jalan Tanjung.

Usaha baik pulih akan dilaksanakan dengan segera sebaik penilaian selesai bagi memastikan kemudahan di sekolah terlibat dapat digunakan semula dalam masa terdekat.

Semua sekolah terjejas akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah dalam tempoh terdekat bagi membolehkan proses pembelajaran dapat diteruskan.

KPM juga menekankan kepentingan memastikan keselamatan murid, guru dan seluruh warga sekolah semasa tempoh pemulihan ini.

Kementerian turut menyeru jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan pentadbir sekolah di seluruh negara untuk meningkatkan kesiapsiagaan.

Peningkatan kesiapsiagaan ini penting dalam menghadapi cuaca tidak menentu pada ketika ini bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan seluruh warga pendidikan terpelihara. – Bernama