KPM akan pastikan anak sulung mangsa tragedi Sungai Korok diberi bantuan terbaik

LocalFamily & Parenting
8 Jul 2025 • 9:31 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Pendidikan (KPM) akan memberikan bantuan terbaik kepada anak sulung pasangan yang ditemukan maut bersama empat lagi anak mereka di dalam kereta yang tenggelam dalam Sungai Korok di Jitra pada Isnin.

Menterinya, Fadhlina Sidek menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga mangsa dan menyifatkan tragedi itu sebagai berita yang menyayat hati.

Anak sulung mangsa tragedi Sungai Korok

image is not available

“Petang tadi (semalam), Timbalan Pengarah menjalankan tugas Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Tuan Haji Abdul Rahim Mat telah menziarahi anakanda Putri Qisya Nur Izzat dan keluarga di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

“Saya pastikan anakanda Putri Qisya diberi bantuan terbaik. Jabatan Pendidikan Negeri Kedah akan membantu menguruskan semua keperluan anakanda.

“Saya doakan semoga anakanda dan keluarga diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menempuh ujian ini,” ujarnya dalam sebuah hantaran di Facebook, semalam.

Misteri kehilangan enam beranak terjawab

image is not available image is not available

Misteri kehilangan enam sekeluarga yang dikhuatiri hilang sejak Sabtu lalu selepas bermalam di rumah ahli keluarga di Taman Aman, Jitra akhirnya terjawab apabila kesemua mangsa ditemukan meninggal dunia dalam kereta Proton Saga Iswara yang tenggelam di dalam Sungai Korok, di sini hari ini.

Mangsa yang maut adalah pasangan suami isteri, Muhammad Azim Izat Ishak, 32, dan Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, serta empat anak iaitu Putra Rayyan Nur Izat, 9; Hawa Adriana, 8; Anayla Huma’ira, 7, dan Tuah Haidar yang baru berusia enam bulan.

Sumber: Facebook @Fadhlina Sidek