KPM Bakal Pasang Lokar Hujung Bulan Ini Bagi Atasi Isu Beg Berat Murid Sekolah

5 Sep 2022 • 8:21 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kementerian Pendidikan Malaysia bakal sediakan lokar kepada murid tahun 1 dan 2.

KPM Bakal Pasang Lokar Hujung Bulan Ini Bagi Atasi Isu Beg Berat Murid Sekolah. Dilaporkan semua sekolah rendah yang terlibat seluruh Malaysia akan dipansang lokar dan proses pamasangan dijangka dimulakan pada akhir bulan ini bagi mengatasi isu beg berat dalam kalangan murid-murid.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin , fasa pertama pemasangan lokar tersebut akan membabitkan sekolah yang mempunyai dua sesi, dengan melibatkan pelajar Tahun 1 dan 2 terlebih dahulu.

image is not available
KPM Bakal Pasang Lokar Hujung Bulan Ini Bagi Atasi Isu Beg Berat Murid Sekolah. Gambar sekadar hiasan

Jumlah sekolah yang terlibat akan diumumkan

Namun demikian, beliau berkata bahawa jumlah sekolah yang terlibat dengan pemasangan lokar itu akan diumumkan nanti.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan telahh mengumumkan untuk menyediakan lokar di 10,662 kelas di sekolah rendah terlibat dalam usaha menangani isu beg berat yang dihadapi murid.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Pelaksanaan ini akan melibatkan seramai 323,186 murid

Pelaksanaan ini akan melibatkan seramai 323,186 murid dengan peruntukan bagi Fasa 1 dijadualkan bermula 2022 dianggarkan berjumlah RM37.3 juta.

Fasa 2 penyediaan lokar pula akan diperluas kepada murid Tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6 di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi serta dijangka dilaksanakan pada tahun 2023.

Baca lagi berita terkini di sini: