KPM Beri Amaran Keras! Guru Terlibat Program eHati Kena Tindakan Tegas

LocalPolitics
17 Jul 2025 • 11:53 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia fadhlina Sidek

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek tidak akan berkompromi sekiranya ada guru yang terlibat dengan program motivasi wanita, eHATI.

Program itu dikatakan songsang apabila ada perbuatan jelik antaranya peserta dan fasilitator tidak berpakaian di Queens Night yang dianjur. 

Fadhlina dalam laporan Berita Harian berkata, penglibatan guru adalah menyalahi etika perguruan dan pemantauan akan dibuat dengan kerjasama jabatan pendidikan negeri, sekolah dan agensi agama.

KPM tak kompromi kalau ada guru terlibat

image is not available

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga akan mengambil tindakan tegas termasuk penggantungan dan pemecatan.

Setakat ni, KPM belum terima aduan rasmi tetapi kalau ada, siasatan serius akan dibuat. Ini penting sebab profesion guru satu amanah besar dalam pembentukan sahsiah murid.

Langkah itu perlu kerana profesion perguruan satu amanah besar yang membabitkan pembentukan sahsiah dan nilai dalam kalangan murid. Jadi, kita tidak mahu guru atau warga pendidik terbabit program bertentangan nilai moral dan prinsip pendidikan negara.

Kalau didapati terlibat, guru boleh dikenakan amaran bertulis, pemotongan gaji, turun pangkat, digantung tugas serta buang kerja.

Beliau berpesan supaya semua sekolah lebih teliti sebelum melibatkan guru atau murid dalam program luar. KPM sendiri dah sediakan pelbagai bentuk sokongan dan pembangunan profesional untuk guru.

Pssttt! Etika seorang guru haruslah dijaga tak dikiralah di mana anda berada.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.