KPM Beri Kelonggaran Pakaian & PdPR Untuk Murid Terjejas Banjir

LocalFamily & Parenting
19 Sep 2025 • 6:22 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan murid yang terjejas akibat banjir diberi kelonggaran dalam berpakaian apabila dibenarkan hadir ke sekolah tanpa seragam, manakala yang terkandas boleh mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

image is not available

Kelonggaran pakaian seragam buat mangsa banjir

Memetik laporan daripada Bernama, dalam kenyataan tersebut, KPM memaklumkan persiapan pembukaan sekolah selepas cuti Penggal 2 sedang dijalankan termasuk kerja pembersihan dan penyelenggaraan di sekolah terjejas banjir.

“KPM menyediakan bantuan terbaik kepada murid terjejas, termasuk dari segi penyediaan bahan pembelajaran serta sokongan psikososial dan emosi,” jelas kenyataan tersebut.

Kelonggaran pakaian dan juga boleh ikuti PdPR jika terkandas

KPM turut menggesa ibu bapa, penjaga dan guru yang terkesan agar segera memaklumkan situasi kepada pihak sekolah atau jabatan berkaitan, manakala PPD diminta mendapatkan maklumat terkini daripada agensi pengurusan bencana.

image is not available

Setakat jam 8 pagi tadi, sebanyak 69 sekolah di Sabah dan Sarawak terjejas banjir, termasuk 33 sekolah rendah dan lima menengah di Sabah serta 28 sekolah rendah dan tiga menengah di Sarawak, dengan tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) KPM beroperasi di Sabah.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved