KPM: Calon SPM terlibat bencana dinasihat segera maklum kepada sekolah, JPN

24 Oct 2025 • 11:16 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

PUTRAJAYA, 24 OKT: Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang terlibat atau terkesan akibat bencana alam dinasihatkan memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan segera.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan calon boleh menghubungi bilik gerakan Lembaga Peperiksaan atau JPN di seluruh negara.

KPM menjelaskan pihaknya sentiasa cakna terhadap keselamatan serta kebajikan calon dan petugas peperiksaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam, khususnya banjir menjelang peperiksaan SPM 2025.

Sehubungan itu, KPM sentiasa bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Meteorologi Malaysia, Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam serta agensi berkaitan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar.

“KPM sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan komited melaksanakan langkah persediaan serta prosedur operasi standard (SOP) sewajarnya bagi memastikan peperiksaan SPM 2025 dapat diteruskan dengan lancar dan teratur.

“KPM juga mendoakan agar semua calon dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat,” menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved