KPM digesa semak semula silibus sekolah rendah

LocalPolitics
10 Aug 2025 • 3:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Yong Wui Chung, menggesa Kementerian Pendidikan agar segera menyemak semula silibus sekolah rendah yang disifatkan terlalu sukar bagi tahap kognitif kanak-kanak, malah mencabar untuk difahami sesetengah ibu bapa dan guru.

Beliau berkata, kurikulum sekarang ini meletakkan beban berlebihan kepada keluarga, mewujudkan ketidakseimbangan pendidikan, serta menjejaskan kualiti pembelajaran.

“Sekolah rendah sepatutnya menjadi platform untuk membentuk sahsiah dan membina asas kognitif, bukannya medan persaingan akademik,” katanya dalam kenyataan, Sabtu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Yong berkata, ramai ibu bapa meluahkan rasa kecewa kerana sukar membantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah, sehingga murid terpaksa menghadapinya sendiri dan berdepan tekanan.