KPM gantung tugas pegawai terlibat aktiviti songsang di Chow Kit

LocalPolitics
1 Dec 2025 • 4:00 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan pegawai yang terlibat dalam aktiviti songsang di sebuah pusat spa dan kesihatan di Chow Kit baru-baru ini digantung tugas.

Memetik laporan Harian Metro, KPM memaklumkan tidak berkompromi dengan perlakuan yang tidak bermoral.

“KPM tidak berkompromi dengan perlakuan tidak bermoral ini. Siasatan dalaman sedang berjalan.

“Tindakan segera telah diambil dengan memastikan pegawai-pegawai terlibat tidak lagi berada di mana-mana institusi pendidikan bawah kementerian hingga proses siasatan selesai,” katanya.

Sehubungan dengan itu juga, KPM mengingatkan ketua jabatan untuk meningkatkan pemantauan bagi memastikan kegiatan tidak bermoral dibanteras setiap peringkat.

Baca juga:

Terdahulu, 201 individu termasuk 17 penjawat awam ditahan di sebuah premis di Chow Kit, disyaki terlibat dalam kegiatan tidak bermoral. Seramai 171 lelaki dibebaskan dengan jaminan selepas permohonan reman ke atas mereka ditolak mahkamah.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata permohonan reman itu ditolak majistret atas alasan lewat dikemukakan.