
Menteri pendidikan umum bahawa 19 April ini merupakan cuti khas kepada semua kakitangan awam.
KPM Isytihar 19 April Cuti Sekolah Sempena Musim Perayaan – Fadhlina Sidek. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru-baru ini mengumumkan bahawa 19 April akan diisytiharkan sebagai cuti sekolah.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut mengumumkan bahawa cuti khas akan diberikan kepada semua kakitangan awam di kementerian itu pada 19 April ini sempena sambutan Aidilfitri.

“Kita mengambil kira kesejahteraan semua pihak, termasuk guru dan kakitangan kementerian pendidikan,” – Fadhlina Sidek
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, turut mengumumkan bahawa pada tarikh tersebut, tiada sesi persekolahan yang akan diadakan.
Menurut Fadhlina, keputusan untuk memberi cuti khas ini diambil bagi membolehkan warga KPM dan guru-guru pulang ke kampung masing-masing dan merayakan perayaan bersama keluarga.

Keputusan STAM juga bakal dikeluarkan sehari sebelum cuti sekolah
Beliau juga menegaskan bahawa keputusan ini telah diambil selepas mempertimbangkan pandangan semua pihak dan demi kesejahteraan warga KPM dan guru-guru.
Selain itu, KPM juga mengumumkan bahawa Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan diumumkan pada 18 April ini.

