
Kota Kinabalu: Kementerian Pendidikan (KPM) komited dalam usaha untuk meningkatkan taraf pendidikan negara khasnya keupayaan pendidikan digital di sekolah.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata usaha itu adalah selaras dengan iltizam kementerian bagi memartabatkan sistem pendidikan negara.
“Kita mahu sistem pendidikan di negara ini menjadi antara yang terbaik dan meletakkannya di posisi yang terbaik.

