KPM Laksana Serta-Merta Lima Teras Reformasi Sekolah Selamat – Fadhlina

LocalFamily & Parenting
16 Oct 2025 • 12:08 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

KPM Laksana Serta-Merta Lima Teras Reformasi Sekolah Selamat – Fadhlina

KUALA LUMPUR — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi fokus dalam pelaksanaan reformasi serta-merta terhadap sistem dan mekanisme sedia ada selain memperkasa program pendidikan bagi meningkatkan aspek keselamatan dan kesejahteraan murid di sekolah.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, lima teras utama ini akan merangkumi kesihatan mental, pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial, pencegahan bahan terlarang, dasar perlindungan kanak-kanak, sokongan guru serta suara murid.

“Kesihatan mental, pengukuhan dan intervensi kesihatan mental akan diberikan keutamaan khususnya pengukuhan ekosistem sokongan kepada guru bimbingan dan kaunseling dan para murid.

“Semua program pengukuhan kesihatan mental akan melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia dan rakan strategik dalam bidang kesihatan mental.

“Pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial dalam menangani keganasan seksual terhadap kanak-kanak, melaksanakan program kesedaran dan intervensi khusus secara berfokus dan jelas berpandukan panduan agama, nilai dan budaya,” katanya.

Tambah Fadhlina, kesemua sesi ini harus dilaksanakan secara intensif dan komprehensif dengan sokongan kepada warga sekolah termasuk untuk perlindungan terhadap kanak-kanak dan undang-undang sedia ada.

Ia bertujuan supaya murid dilengkapi dengan maklumat dan kemahiran sewajarnya supaya mereka boleh membuat keputusan ini dengan tepat dalam kehidupan seharian.

“Larangan keras membawa bahan terlarang dan berbahaya, penegasan terhadap pemeriksaan berkala dan mengejut oleh pihak sekolah dengan kerjasama agensi kerajaan, PGB dan guru disiplin bagi memastikan tiada unsur bahan terlarang dan berbahaya masuk ke premis sekolah.

“Polisi Perlindungan Kanak-kanak semua pemegang taruh termasuk masuk ibu-bapa, guru dan pentadbir sekolah akan dilibatkan dalam sesi libat urus berkaitan child protection policy sebelum dilaksanakan sepenuhnya di semua sekolah.

“Kesedaran, tanggungjawab dan akauntibiliti semua pihak dalam perlindungan dan keselamatan murid adalah tanggung jawab bersama.

“Teacher care and support, sistem sokongan psikososial kepada guru mesti terus diperkukuhkan dan diberikan keutamaan dalam memastikan kesejahteraan guru ketika berada dalam situasi yang memerlukan sokongan segera. Suara murid adalah signifikan dalam memastikan ekosistem sekolah selamat.

“Ini kerana pandangan, hasrat serta hak mereka adalah terkait dengan apa yang sering disebut sebagai what they want and what they need. Suara murid adalah suara nurani, suara yang mesti didengar dan diberikan perhatian.

“Suara anak-anak adalah cerminan kepada perasaan, pengalaman dan harapan mereka. Kerangka ini menekankan pendekatan holistik yang bukan sahaja melibatkan pihak sekolah. Tetapi ibu bapa, agensi kerajaan dan komuniti,” katanya lagi.

Beliau menjawab soalan yang diajukan oleh Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) mengenai tindakan segera dan menyeluruh yang telah dan akan diambil KPM bagi memastikan insiden tragis seperti kes pelajar dirogol dalam kelas tidak berulang.

Sehubungan itu, beliau berkata KPM berhasrat mewujudkan persekitaran pendidikan yang selamat, inklusif dan sejahtera untuk semua warga sekolah dan kita mengalu-alukan semua sebarang input dan pandangan bagi kita sama-sama merempuh cabaran ini bagi menjamin masa depan anak-anak generasi pewaris kita.

https://x.com/501Awani/status/1978662012109640066

Sumber: Astro AWANI