
PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) melanjutkan tarikh pengisian markah bagi beberapa pentaksiran dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (MOEIS) susulan sesi persekolahan dan pentaksiran yang terganggu dengan situasi jerebu.
KPM dalam satu kenyataan berkata, tarikh pengisian markah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) dilanjutkan dari 21 November kepada 28 November 2026.
“Selain itu, pengisian markah Peperiksaan Akhir Sesi Akademik (PAT/PASA) turut dilanjutkan dari 21 November kepada 28 November 2026.
“Bagi Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) pula, tarikh pengisian markah yang sepatutnya berakhir pada 30 November dilanjutkan kepada 5 Disember 2026,” katanya hari ini.
KPM memaklumkan, pelanjutan itu diharap membolehkan murid, guru, ibu bapa serta penjaga lebih selesa dalam proses pengisian markah dalam sistem MOEIS KPM kelak.
“Langkah itu susulan perhatian kementerian terhadap sesi persekolahan dan pentaksiran yang terganggu dengan keadaan jerebu di beberapa kawasan dalam negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post KPM lanjut tarikh isi markah UASA, PAJSK appeared first on Kosmo Online.






