KPM mohon maaf silap paparkan Jalur Gemilang dalam laporan SPM

LocalPolitics
24 Apr 2025 • 3:15 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memohon maaf atas kesilapan memaparkan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diedarkan hari ini.

Dalam kenyataan media rasmi, KPM menjelaskan bahawa kecuaian itu tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara.

“Tindakan tegas dan serta merta telah diambil ke atas semua yang terlibat. Siasatan terperinci juga sedang dilaksanakan,” kata KPM.

Laporan analisis yang dicetak telah diminta untuk dikembalikan semula dan pembetulan segera sedang dilakukan bagi memastikan kesilapan itu diperbetulkan sepenuhnya.