KPM mohon maaf, tersilap Jalur Gemilang dalam laporan SPM

LocalPolitics
24 Apr 2025 • 2:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tampil mohon maaf atas kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam dokumen rasmi Laporan Analisis Keputusan SPM 2024 yang diedarkan hari ini.

image is not available

KPM mohon maaf, akan ambil tindakan tegas

Dalam siaran segera yang dikongsikan, KPM mengakui insiden ini adalah satu kecuaian serius, memandangkan bendera kebangsaan merupakan lambang kebesaran dan kedaulatan negara.

“Kecuaian ini tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara.
“Tindakan tegas dan serta merta telah diambil ke atas semua yang terlibat. Siasatan terperinci juga sedang dilaksanakan,”katanya dalam satu kenyataan.

image is not available

KPM mohon maaf, semua laporan dicetak minta dikembalikan

Sebagai langkah segera, semua laporan yang sudah dicetak telah diminta untuk dikembalikan dan pembetulan sedang dilakukan bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

image is not available

Insiden ini mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan warga maya, namun tindakan pantas KPM disambut baik demi menjaga integriti dokumen rasmi dan semangat patriotisme negara.