KPM Nafi Dakwaan Soalan Bertutur BM, BI SPM 2025 Bocor

LocalPolitics
12 Nov 2025 • 10:48 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kementerian Pendidikan (KPM) menolak dakwaan berhubung kononnya berlaku kebocoran soalan Ujian Bertutur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

KPM nafi soalan SPM 2025 bocor

Menurut laporan Berita Harian, susulan itu KPM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya segera menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut termasuk meneliti kandungan yang beredar di media sosial.

image is not available

Foto: Carian Google

“Hasil semakan mendapati maklumat yang dikongsi itu sebenarnya hanyalah senarai tema umum yang sememangnya terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
“Tema-tema yang tular itu pula merupakan hasil ramalan daripada guru serta calon peperiksaan sendiri, bukannya soalan sebenar,” katanya.

KPM menjelaskan perkara yang disebarkan itu tidak memenuhi takrif kebocoran seperti yang digariskan dalam tatacara pengurusan dan kawalan keselamatan kerta peepriksaan oleh Lembaga Peperiksaan.

Kementerian turut menegaskan bahawa penyediaan semua kertas peperiksaan awam dibuat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan diklasifikasikan sebagai sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

“Tiada mana-mana individu dibenarkan mengakses bahan peperiksaan sebelum tarikh rasmi peperiksaan dijalankan.
“Oleh  itu, KPM menasihatkan semua calon SPM 2025 agar tidak panik dan terus menumpukan perhatian kepada peepriksaan yang sedang berlangsung.
“KPM komited memastikan kerahsiaan serta intergriti kertas peperiksaan sentiasa terpelihara demi menjamin keadilan kepada semua calon,” ujarnya.

image is not available

Terdahulu, tular sebelum ini di aplikasi Telegram dakwaan kononnya soalan Ujian Bertutur SPM 2025 telah tersebar lebih awal, sehingga ada pelajar yang tampil membuat aduan kepada KPM melalui e-mel dengan mendakwa terdapat individu yang menyebarkan maklumat berkenaan.

Sumber: Berita Harian (Ercy Gracella Ajos)

The post KPM Nafi Dakwaan Soalan Bertutur BM, BI SPM 2025 Bocor appeared first on Borak Daily.