KPM pandang serius insiden jurulatih tampar pemain wanita

2 Jan 2023 • 12:14 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius insiden tular di media sosial bertarikh 1 Januari 2023 berkaitan klip video melibatkan jurulatih Pasukan Melaka Bawah 14 Tahun (Wanita) yang didapati menampar dua pemain pasukan tersebut.

Dalam kenyataan media KPM, satu sesi perjumpaan dengan ibu bapa murid terlibat akan dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan laporan itu.

“Jika terdapat laporan polis dibuat mengenai insiden tersebut, KPM juga akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pada masa sama, KPM juga akan meneruskan siasatan bagi tujuan tatatertib dan jika didapati bersalah tindakan sewajarnya akan diambil,” kata kenyataan itu lagi.

KPM sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan murid sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel berkaitan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok