KPM perkukuh sekolah selamat! CCTV, aduan buli & program Bangkit Bermaruah dilaksana

LocalPolitics
20 Aug 2025 • 9:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Pendidikan (KPM) kini memperkukuh keselamatan di sekolah seluruh negara dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif baharu, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

“KPM sentiasa mengalu-alukan pandangan dan cadangan dari semua pihak untuk menambah baik langkah-langkah keselamatan di institusi bawah kelolaannya demi kesejahteraan anak-anak, guru dan seluruh warga pendidikan,” tegas Fadhlina.

image is not available

KPM perkukuh sekolah selamat

Langkah yang diperkenalkan termasuk audit keselamatan menyeluruh, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah, penambahbaikan sistem portal Aduan Buli, penubuhan jawatankuasa reformasi keselamatan, program intervensi Bangkit Bermaruah, serta pengukuhan aspek psikososial.

image is not available

image is not available

image is not available

Hari ini, sesi taklimat bersama Ahli Parlimen Kelab Penyokong Kerajaan MADANI memberi ruang perbincangan terbuka, dengan Fadhlina mengucapkan terima kasih atas sumbang saran yang diterima bagi memastikan sekolah selamat dan kondusif untuk pembelajaran.

Sumber: FB Fadhlina Sidek