KPM pindah pentadbir SMKA Tun Datu Mustapha sementara siasatan kes Zara Qairina

LocalPolitics
13 Aug 2025 • 12:07 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) memindahkan sementara Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, dan semua warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah.

Langkah ini diambil berikutan pengumuman Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa Pasukan Petugas Khas Bukit Aman telah mengambil alih siasatan kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

“KPM akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dilaksanakan secara menyeluruh, teliti dan tuntas,“ menurut kenyataan rasmi hari ini.

Kes ini kini menjadi keutamaan KPM bagi memastikan keadilan untuk keluarga serta semua pihak terlibat.

“KPM berharap siasatan telus dan sepenuhnya dapat dilaksanakan demi keadilan buat keluarga serta semua pihak terlibat,“ tambah kenyataan tersebut. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved