KPM selesai masalah murid tiada dokumen kewarganegaraan

3 Jan 2024 • 1:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan (KPM) mengadakan pertemuan dengan keluarga murid tanpa dokumen kewarganegaraan yang menghadapi masalah untuk meneruskan persekolahan.

Dalam kenyataan KPM memaklumkan, pertemuan diadakan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) pada 28 Dis lalu bertujuan mencari jalan penyelesaian bagi membolehkan murid berkenaan meneruskan persekolahan seperti biasa.

“Beberapa cadangan penyelesaian telah dikemukakan berkaitan dengan keperluan dokumentasi kewarganegaraan murid terbabit.

“Pihak JPNS pula komited untuk membantu dari aspek pengurusan pendaftaran murid di sekolah. Pertemuan telah berlangsung dalam suasana harmoni dan mencapai hasil yang positif,” menurut kenyataan itu.

SPONSORED CONTENT Sabah International Convention Centre’s Big Sabah Sale a big hit Kota Kinabalu: The Sabah International Convention Centre’s (SICC) Big Sabah Sale which concluded on Sunday saw a good response with about 20,000 visitors during the three-day extravaganza. . Read more KPM sentiasa berusaha meningkatkan akses pendidikan berkualiti untuk semua murid warganegara selain selari dengan agenda pendidikan manusiawi iaitu memastikan tiada murid yang tercicir.

Baru-baru ini, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dipercayai tidak dapat meneruskan darjah 4 pada Mac ini kerana isu dokumentasi kewarganegaraan berikutan ibu bapanya tidak mendaftar perkahwinan yang kemudian bercerai pada 2013.

Murid itu sebelum ini bersekolah hingga darjah 3 di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Pagi, Senawang, dan disebabkan tidak mempunyai kewarganegaraan, keluarganya perlu membayar RM120 setiap tahun untuk bersekolah, namun pihak sekolah memberitahu kanak-kanak itu tidak dapat meneruskan persekolahan pada sesi pembukaan sekolah Mac ini disebabkan dasar baharu KPM.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article