KPM Serah Sumbangan Dana Kemanusiaan Palestin RM11.5 Juta Kepada Kementerian Luar Negeri

LocalPolitics
3 Mar 2024 • 10:21 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

KPM Serah Sumbangan Dana Kemanusiaan Palestin RM11.5 Juta Kepada Kementerian Luar Negeri

Putrajaya, 1 Mac – Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), YBhg Dato’ Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi telah mengadakan acara kunjung hormat ke atas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri (KLN), YBhg Dato’ Sri Amran Mohd Zin untuk menyerahkan cek sumbangan kutipan Dana Kemanusiaan Palestin berjumlah RM 11.5 juta.

Dana ini telah berjaya dikumpul menerusi penganjuran acara Minggu Solidariti Palestin yang telah dilaksanakan di semua institusi pendidikan KPM dan menerusi sumbangan daripada pelbagai pihak. Sumbangan diserahkan kepada KLN selaku Kementerian yang bertanggungjawab menyelaras bantuan Kerajaan Malaysia kepada Palestin.

Kedua-dua pihak turut berkesempatan bertukar pandangan berhubung situasi terkini dan usaha yang dilaksanakan untuk membantu menangani krisis kemanusiaan di Palestin.

KPM sentiasa bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin serta komited untuk mendidik murid dan seluruh warganya tentang nilai manusiawi yang turut merangkumi hak asasi manusia, keamanan dan sifat ihsan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved