KPM Setuju Sesi Persekolahan Bermula Januari Dikembalikan – Fadhlina 

28 Mar 2023 • 9:21 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

KPM Setuju Sesi Persekolahan Bermula Januari Dikembalikan – Fadhlina

KUALA LUMPUR — Setelah menerima pelbagai pandangan terutamanya daripada pihak ibu bapa, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara prinsipnya bersetuju bagi mengembalikan semula sesi persekolahan kepada Januari, lapor Sinar Harian.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sewaktu membahas isu Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 bagi KPM di Dewan Rakyat hari ini.

Kata Fadhlina, peralihan itu bagaimanapun tidak dapat dilaksanakan dalam waktu terdekat. Hal ini berikutan terdapat pelbagai faktor yang faktor diselesaikan. Ia termasuk justifikasi berdasarkan pematuhan kepada Akta Pendidikan 1996.

Tambahan lagi, perancangan itu bagi memastikan setiap silibus setiap mata pelajaran dapat dihabiskan sepanjang sesi persekolahan pada Januari hingga Disember.

“Selain tidak (akan) mengganggu jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

“KPM juga perlu mengambil kira faktor cuaca tidak menentu dan ekonomi setempat.

“Dalam masa sama, (kita) perlu mematuhi (aspek lain) termasuk bilangan persekolahan murid yang tidak boleh kurang daripada 190 hari dalam tempoh setahun,” ujarnya di Dewan Rakyat.

Terdahulu, KPM juga dilaporkan bakal memberi kepastian berhubung takwim sesi persekolahan itu kembali pada bulan Januari. Namun, ia masih memerlukan tempoh tertentu untuk dikuatkuasakan.

Menurut Fadhlina dalam laporan media, beliau amat memahami situasi yang diingini oleh ibu bapa.

Lebih-lebih lagi semangat dan sentimen yang ditunjukkan oleh ibu bapa berhubung perubahan sesi persekolahan pada Mac kembali seperti biasa.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan itu menyatakan KPM komited dalam memastikan tiada anak-anak yang tercicir pendidikan sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah, lapor Bernama.

Tambahan lagi, KPM juga telah menyerahkan draf cadangan kepada Pejabat Peguam Negara pada minggu lalu di Dewan Rakyat. Ia bertujuan bagi mewajibkan pendidikan di peringkat sekolah menengah

“Ketika ini, berdasarkan Dasar Pendidikan Wajib di bawah Akta Pendidikan 1996 hanya setakat Darjah 6 sahaja. Tetapi (menerusi) komitmen KPM, kita telah panjangkan dan sebar luaskan (perkara ini),” katanya sewaktu sesi soal jawab lisan.

Sumber: Sinar Harian