KPM siasat dakwaan guru suruh pelajar pulang ke China sebab kurang fasih BM

LocalPolitics
24 Mar 2025 • 4:27 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Kementerian Pendidikan (KPM) akan menyiasat dakwaan tindakan seorang guru yang meminta pelajarnya pulang ke China kerana kurang fasih berbahasa Melayu.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata perkara berkenaan diteliti secara mendalam dan menegaskan tidak akan berkompromi dalam soal perkauman yang berlaku di sekolah.

“Saya tegaskan bahawa KPM tidak kompromi dalam soal perkauman yang berlaku di sekolah, baik melibatkan guru mahupun pelajar atau mana-mana pegawai.

“Dalam kes ini, siasatan sudah pun berlangsung dan tindakan akan kita lakukan berdasarkan kepada (hasil) siasatan itu,” katanya.

Terdahulu, tular klip audio seorang guru didakwa mengaku memberitahu seorang pelajar sekolah menengah untuk pulang ke China kerana tidak memahami bahasa Melayu.

Menerusi klip audio berkenaan, seorang lelaki yang mendakwa saudara kepada pelajar tersebut telah meminta guru berkenaan mengesahkan perkara itu. Guru berkenaan akui berbuat demikian.

Dalam klip audio itu, seorang lelaki mendakwa saudara kepada pelajar terbabit meminta guru berkenaan mengesahkan jika perkara itu benar dan guru berkenaan mengakui berbuat demikian.